Bismillah..
Assalamualaikum..
Sepanjang empat belas minggu saya mengikuti kelas Bahasa Dalam Multimedia ini tidak dapat saya gambar kan betapa bersyukur nya saya kerana terjentik hati ini untuk mengambil subjek ini. Pada mulanya saya menganggap subjek ini terlalu mudah untuk saya ambil namun tekaan saya meleset sama sekali. Subjek ini terlalu hebat sebenarnya dan terlalu banyak kerja hingga membuatkan saya terfikir betapa menyesal saya kerana banyak kerja dan banyak pergorbanan yang harus dilakukan.
Saya sebenarnya bukan lah seorang pelajar yang bagus,saya seorang yang pemalas dan tidak berdisplin. Cita-cita saya ialah menjadi pemain bola sepak yang berjaya dan popular. Bila nama sudah dikenali ramai baru lah saya jalankan perniagaan. Itulah impian saya setakat ini. Sebab itu lah saya tidak ambil serius untuk menjadi pelajar yang bagus. Akan tetapi saya masih sedar jika tiada ijazah kita tidak akan kemana. Jadi saya teruskan juga pelajaran saya hingga ke akhir.
Pada tahun akhir saya di Universiti Putra Malaysia ini barulah saya dapat menjiwai diri ini sabagai seorang pelajar. Lebih-lebih lagi dengan saya mengambil subjek Bahasa Dalam Multimedia ia mula mengubah segalanya. Ya! Pada orang lain mungkin sudah terlambat tetapi tidak pada saya.Ini lah permulaan segalanya pada saya.Subjek ini membuka minda saya yang sebelum ini seperti katak bawah tempurung Saya menjadi lebih bersemangat rajin dan peka.jika dulu saya sering meminta tolong pelajar lain tetapi kini tidak lagi. Saya lebih seronok membuat sendiri tugasan-tugasan saya.
Tambahan pula pensyarah yang mengajar subjek ini seorang yang bertenaga, hebat, cekap telus dan kelakar juga bertolak ansur serta mempuyai sifat keibuan membuatkan saya tidak sabar hendak ke kelas setiap hari Rabu pada pukul dua belas tengahari hingga dua petang. Kelas selama dua jam itu sebenarnya tidak dirasai kerana seronok dengan telatah pensyarahnya iaitu Dr Normaliza. Apa saya faham lagi rupa-rupanya jiwa dan hati saya perlukan pengajar yang sedemikian rupa untuk belajar. Dalam diam saya berbisik pada hati kecil ini sendiri bahawa saya sangat meyukai kelas ini.
Kelas ini terbahagi kepada dua.pada hari Rabu kelas seperti biasa diajar oleh Dr.Normaliza dan pada hari Khamis pula adalah kelas Amali yang diajar oleh Cik Aliyah. Pengalaman pertama Saya memasuki kelas ini ketika itu saya datang lewat kerana menghadiri ceramah motivasi yang dikendalikan oleh Dato Dr Fadzilah Kamsah yang diadakan di Komleks Sukan PKNS. Apabila saya sampai ke kelas saya dimarahi Dr Normaliza. Waktu itu saya terasa malu tetapi saya sedar saya lambat dan saya tekad tidak akan lambat lagi ke kelas itu dan saya tahu Dr Normaliza bukan boleh di main-mainkan. Seterusnya saya dimasukkan ke kumpulan Lestary dimana anggotanya semua adalah dari kaum Hawa. Saya seorang saja lelaki ataupun hero atau abang atau juga tulang belakang kumpulan itu. Saya malu kerana tidak mengenali seorang pun namun mereka semua menerima saya dengan baik dan hati yang terbuka. Jadi saya pun berjanji dalam hati tidak akan malukan diri sendiri dan bersedia berkerja keras bagi menghadapi cabaran dan ranjau liku dalam tugasan kelas Bahasa Dalam Multimedia ini.
Ketika tugasan pertama yang diberi saya agak lembap dan saya berasa saya menjadi harapan kumpulan saya. Namun saya mengecewakan mereka dengan sikap endah tak endah saya. Mereka mula beri kata dua kepada saya namun saya mengagap itu semua diskriminasi menjatuh kan saya dan reputasi saya kini menjadi bisu. Namun saya mengharapkan mereka musnah lah musnah impian untuk mengapai bintang.Tetapi saya sedar mereka menegur saya demi kebaikan kumpulan kami. Saya menerima dengan cara seorang lelaki. Pada minggu seterusnya tugasan diberikan lagi,kali ini saya lebih bersedia dan menawarkan diri untuk menjadi ketua kumpulan. Akhirnya kami berjaya siapkan tugasan dengan baik dan mula dapat berkerjasama. Saya semakin rajin dan seronok dengan kumpulan dan kelas ini. Seterusnya tugasan demi tugasan dilakukan dengan baik hingga boleh dikatakan kumpulan Lestary adalah salah satu kumpulan terbaik dalam kelas walaupun tiada siapa yang mengakuinya.
Masih saya ingat lagi ada satu tugasan yang memerlukan kami bergambar dan masukkan pepatah itu sangat menarik. Kami berkerjasama dan seperti bersahaja bergambar tiada lagi istilah malu. Ada yang perlu saya berbaring di jalan raya seperti dilanggar kereta ada yang melompat ada lagak bermain judi dan ada juga saya di suruh memanjat pokok. Semua itu sungguh seronok dan hebat.Ianya bagikan kenangan walaupun terpaksa menghadapi panas dan berpeluh. Berkemeja sambil berpeluh adalah sesuatu yang tidak disenangi. Tetapi ianya masih kenangan yang indah.
Melalui kelas Bahasa Dalam Multimedia ini juga,saya dapat memperbaiki kelemahan atau musuh paling utama dalam diri saya iaitu tidak tepati masa. Ketika pertama kali saya ke kelas ini saya terlewat dan saya dimarahi Dr Normaliza, saya mula risau dan takut jika tidak dapat berubah namun diatas keingginan dan rasa hormat terhadap Dr Normaliza dan rakan kumpulan saya dapat juga tepati masa. Lebih-lebih lagi apabila Dr Normaliza membuat syarat jika ada ahli kumpulan lambat maka tugasan yang dibuat tidak akan mendapat markah. Sudah tentu perkara sedemikian tidak akan berlaku dalam kumpulan saya apatah lagi disebabkan saya,lelaki tunggal dalam kumpulan itu. Saya juga lebih berkeyakinan dengan multimedia.
Subjek Bahasa Dalam Multimedia banyak perkara baru yang saya pelajari lagi. Saya lebih berkeyakinan dengan multimedia dan mempelajari pelbagai perkara dalam multimedia. Jika dahulunya saya seorang yang mengalami jurang digital yang dalam atau lebih tepat lagi sebagai buta IT. Kini segalanya berubah. Dalam kelas amali yang dikendalikan oleh Cik Aliyah,banyak perkara baru yang saya pelajari seperti membuat Power Point disertakan lagu. Saya berjaya membuat sendiri walaupun nampak agak “simple” tetapi saya berasa sangat berpuas hati dengan kerja tangan saya sendiri ini. Selepas itu saya belajar lagi membuat kalendar. Pada mulanya saya pening memikirkan bagaimana hendak membuat calendar ini. Walaupun diajar oleh Cik Aliyah dan rakan yang lain saya masih lagi tidak tahu bagaimana hendak buat,maklumlah buta IT katakan. Tetapi saya tetap juga berusaha hingga ke tahap maksimum untuk pelajari cara membuat calendar ini akhirnya saya berjaya membuat calendar ini dengan cantik dan ada indentiti sendiri. Secara jujur saya rasa kalender saya adalah yang paling cantik dan bergaya dalam kelas amali itu. Sehinggakan ada rakan saya mengatakan saya mengupah professional untuk buat calendar itu. Walaupun hendak marah namun jauh di sudut hati kecil saya tersenyum bangga memikirkan hasil titik peluh saya disamakan dengan professional.
Setelah selesai membuat kalendar saya belajar membuat laman web. Memang sudah lama saya ingin belajar membuat laman web ini. Kini tibalah masanya saya mendapat peluang ini. Dari awal kelas ini saya menumpukan bagaimana membuat laman web.saya tahu jika saya tidak serius belajar cara membuat laman web ini sampai bila pun saya akan terus mengharapkan orang. Saya tidak mahu begitu lantas apa yang diajar segera saya rakamkan ke dalam memori minda ini.saya tumpukan sepenuh perhatian dan penuh semangat terhadap kelas itu. Masakan kelas bermula pada pukul lapan , pada pukul tujuh empat puluh selepas solat Maghrib saya sudah terpacak di depan pintu kelas menanti penuh semangat dan azam yang kuat. Setelah lebih kurang tiga minggu saya berjaya menyiapkan laman web sendiri. Saya akui laman web itu tidak lah sehebat mana tetapi tetap bersyukur kerana dapat menyiapkan kannya. Saya memasukkan biodata mengenai diri saya,kumpulan muzik kegemaran saya,puisi-puisi indah yang menceritakan mengenai alam dewa dan banyak lagi. Saya rasa bahagian yang paling saya suka ialah puisi-puisi itu. Pada saya puisi-puisi itu sangat hebat dan menarik. Saya juga ada menceritakan mengenai diri saya sejak dari kecil hingga sekarang di ruangan “tentang-tentang.Keseluruhan nya pada saya walaupun “simple” tetapi ianya tetap menarik lebih-lebih lagi hasil kerja tangan seorang insan yang buta IT. Ini sesuatu yang masih boleh dibanggakan.
Kini saya dalam proses membuat blog. Ini adalah tugasan terakhir dalam kelas amali yang diajar oleh Cik Aliyah. Selama ini saya sering membaca blog orang tidak pernah terfikir pun ingin membuat blog sendiri. Kelas ini memberi peluang kepada saya untuk membuat blog sendiri. Masih juga tidak tahu membuatnya dan kini masuk minggu keempat saya semakin mahir. Syukur pada Tuhan kerana memudahkan saya mempelajari cara membuat blog dengan mudah. Tugasan itu meminta menceritakan dan menulis pasal tokoh bahasa. Sudah tentu yang menjadi pilihan saya ialah tidak lain tidak bukan Dr Normaliza. Setelah dapat bergambar dengan beliau saya mendapat biodata dan mula menulis blog meceritakan mengenai beliau. Waktu ketika dan kalimat ini ditulis, blog itu masih lagi dalam proses pembikinan. Saya akan menyiapkan blog itu pada hari yang ditetapkan kerana saya perlukan markah yang tinggi dalam subjek ini untuk membantu meningkatkan lagi CGPA saya. Kini boleh dikatakan saya bukan lagi seorang yang buta IT. Ini sangat bagus pada saya kerana saya akan bekerja selepas ini dengan pengetahuan yang baru ini dapat lah saya bekerja dengan lebih keras dan penuh keyakinan serta ketelusan. Saya juga rasa lebih bersedia untuk membuat kerja yang akan diberikan nanti.
Jika masa praktikal pada semester lepas saya sering melarikan diri dan nasib saya agak baik kerana selalu lepas dari membuat kerja-kerja multimedia ini, kini saya tidak perlu lagi berbuat demikian kerana apa yang saya pelajari dalam kelas amali Bahasa Dalam Multimedia sangat berguna dan saya beruntung kerana mendapat tenaga pengajar yang memahami dan bertolak ansur.Saya juga berasa tidak lagi diejek mahupun dipersenda oleh rakan-rakan pelajar.Kini ada pula yang minta saya mengajar mereka.Saya mengaku saya masih di perngkat belajar lagi namun saya tidak kedekut ilmu malah jika saya tidak tahu sesuatu yang ditanya itu,saya akan mempelajarinya dan mengajar semula kepada orang berikut. Ini kerana saya tahu apa perasaan orang yang buta IT. Apa yang penting adalah kerjasama dan tolong menolong barulah kita akan berjaya. Bangsa kita akan kuat dan teguh tidak akan jatuh mahupun ditindas. Inilah sepatutnya kita patut tahu dan sedar. Dengan ada ilmu pengetahuan kita tidak mudah ditipu malah kita akan dihormati jika tidak sombong.Inilah pesanan bonda saya ketika saya masih kecil lagi. Dan akan saya pegang dan semat ke dalam hati pesanan keramat itu. Dan kesempatan ini juga dapat saya berkongsi dengan rakan-rakan yang lain tentang pesanan ini. Ayuh bangsaku bangun lah jangan biarkan suara lain mempegaruhi hati dan jiwa kita hanya kerana tamakkan kuasa!
Baiklah kita ke kelas pagi pula kelas Cik Aliyah sudah habis jadi biarlah pelajaran dan pengajaran itu menjadi darah daging saya jangan ia hilang begitu sahaja ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tugasan kumpulan yang paling saya suka dan tidak akan dilupakan ialah membuat lawatan ke rumah anak yatim. Sungguh saya berbesar hati dan ternanti-nati peluang sedemikian rupa. Akhirnya Allah S.W.T. gerakkan hati saya untuk memasuki kelas ini. Ada hikmah disebalik pilihan saya rupanya. Saya tersenyum sendiri dan mengucapkan syukur kerana sekurang-kurangnya pengalaman yang amat berharga ini dapat saya kongsi bersama anak-anak yatim di Rumah Amal Limpahan Kasih yang terletak di Puchong.
Ketika kali pertama kami menjejakkan kaki ke rumah tersebut untuk meminta izin untuk melaksana tugasan ini, kami telah berjumpa dengan Encik Zawawi, selaku Pengetua. Sebagai ketua kumpulan, saya diberi tanggungjawab untuk menjelaskan tujuan kami ke sana dan menerangkan dengan lebih lanjut tentang program kami. Alhamdulillah, Pengetua bersetuju untuk memberikan kami peluang beramah mesra dan meluangkan masa bersama anak-anak yatim di bawah jagaannya pada 28 Februari 2009.
bawHari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Pada pukul 7 pagi, saya telah berkumpul di UPM bersama rakan kumpulan yang lain, berserta Kumpulan Broadcaster yang juga menjayakan program ini bersama kami. Pada pukul 7.30, kami mula menbahagi-bahagikan barang-barang yang perlu dibawa ke kereta masing-masing. Walaupun kereta saya lah yang tersarat dengan muatan kami, namun ini bukanlah masalah bagi saya – ia hanyalah sebagai sebahagian daripada tugasan saya. Saya redha, inilah sifat seorang lelaki budiman. Lagipun tidak ramai antara kami yang mempunyai kemudahan kanderaan. Secara tidak langsung, ini juga adalah cara untuk saya menyumbang bagi kumpulan saya.
Sebaik sahaja tiba di rumah Limpahan Kasih, hati saya berasa gembira bercampur sedih. Saat saya teringatkan nasib anak-anak yatim ini tidak beribu dan berbapa air mata saya mula hendak berlinang mujur saya dapat menahan emosi. Terus saya terkenang lagu Allahyarham Sudirman Hj Arsyad bertajuk Ayah dan Ibu yang liriknya seperti di ah.
Ayah dan Ibu
Itulah permulaann kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai…
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan Ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan Ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat.
Selepas itu aktviti “ice breaking” dilakukan dimana anak-anak yatim itu dibahagikan kepada kepada lima Tiba-tiba saya terasa bahu saya ditepuk dari belakang. Rakan saya menyedarkan saya dari lamunan keasyikan lirik lagu Allahyarham Sudirman. Seterusnya bermula lah aktiviti kami. Saya sekali lagi menjadi ketua dan memberikan sepatah dua kata. Selepas mendapat keizinan daripada warden untuk mengabil alih rumah anak yatim itu aktiviti pun bermula. Sebenarnya kami dapat rumah anak-anak yatim perempuan kerana asrama lelaki ada aktiviti lain bersama pelajar UITM.Memandangkan bilangan perempuan di rumah itu agak sedikit maka pengetua menghantar 10 orang budak lelaki menyertai kami supaya dapat menambahkan lagi kemeriahan program ini. Jumlah keseluruhan anak-anak yatim yang bersama kami kebih kurang 30 orang yang umurnya dari 6 hingga 19 tahun.
Aktiviti pertama pada hari itu ialah senaman pagi. Semua anak anak yatim itu memberi kerjasama yang baik dan melakukan senaman dengan bersungguh-sungguh. Senaman ringan ini mengambil masa selama 15 minit dan mereka kelihatan tidak sabar untuk meneruskan aktiviti yang seterusnya.
kumpulan. Mereka diminta untuk melaporkan susunan ayat yang betul. Sebagai contoh, ayat yang perlu dilaporkan adalah “Jamal jalan-jalan jumpa Joyah, Jamal jeling Joyah, Joyah jeling Jamal, jeng, jeng, jeng, jeng”. Ketua dari setiap kumpulan dipanggil ke hadapan dan diberikan kertas yang tertera ayat tersebut untuk mereka hafalkan. Kemudian mereka diminta untuk membisikkan ayat tersebut kepada rakan kumpulan yang lain sehingga yang terakhir. Ahli kumpulan yang terakhir itu akan menulis semula apa yang didengarinya. Saat itulah yang menjadikan suasana gamat dan riang kerana ayat yang dilaporkan adalah amat berbeza dengan yang dihafal oleh ketua kumpulan mereka. Dengan ini, anak-anak yatim itu kelihatan seperti sudah mesra dengan kami walaupun mereka baru sahaja meluangkan masa bersama kami. Ini membuatkan kami lebih bersemangat untuk meneruskan program kami dan menghiburkan mereka.
Dalam lebih kurang pukul 10.30 pagi, kami melaku aktiviti yang ketiga iaitu sukaneka. Mujur cuaca pada pagi itu agak baik seolah-olah memberkati dan merestui perjuangan kami. Acara pertama ialah memansukan air dalam belon yang kemudiannya dibawa dengan mulut. Walaupun majoriti peserta anak-anak yatim kami adalah kanak-kanak perempuan, namun kerjasama yang diberikan amatlah baik. Pada waktu ini kami memasang lagu yang berentak rancak untuk menaikkan semangat perjuangan harmoni mereka.
Acara kedua adalah mencari gula-gula dengan menggunakan mulut di dalam pinggan plastik yang dipenuhi tepung gandum. Memang lucu gelagat mereka, saya tergelak hingga terduduk tidak tahan melihat gelagat spontan dan jujur mereka tidak kira yang lelaki mahu pun perempuan. Mereka bersungguh mahukan kemenangan untuk kumpulan mereka kerana mereka tahu hadiah yang bakal diberikan nanti sungguh menarik. Saya terus memberikan semangat kepada semua dan ada kalanya saya perasan saya agak melebih-lebih. Tetapi itu semua tidak saya pedulikan, apa yang penting sekarang ialah keseronokan bermain bersama mereka.
Acara yang ketiga pula ialah meletakkan span yang basah kedalam botol. Botol mana yang penuh akan dikira pemenang.Masing-masing bersaing dengan sengit dan beria-ia. Saya seronok melihat mereka bermain. Teringat pula zaman kanak-kanak saya,memang saya jaguh dalam apa sahaja permainan.Apa yang ditandingkan akan saya sapu semua dan mesti menang.Ini kerana saya seorang yang lincah dulu.Kini sudah di alam remaja hanya melihat sahaja keseronokan mereka.Tidak mengapa, itupun sudah mencukupi.Kami terus bersukaneka hingga waktu yang ditetapkan iaitu pukul 11.30 pagi.Cuaca masih lagi baik tidak terlalu panas.
Selepas tamat sukaneka kami meminta diri untuk pergi makan tengahari.Kami menjamu makanan di restoran Ani Sup Utara di sekitar kawasan Puchong juga.Memang masing-masing sudah kebuluran dan tanpa membuang masa kami makan.Sedang asyik menjamu selera tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Saya agak risau kerana aktiviti di rumah itu masih belum selesai.Habis makan kami terus balik untuk meneruskan aktiviti seperti yang dirancang.Pukul 2 tengahari selepas solat zuhur kami sampai ke rumah dan tanpa membuang masa kami teruskan aktiviti keempat.
Aktiviti keempat ialah latihan dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberikan kertas dan pensil warna untuk melukiskan identity kumpulan tersebut dan selepas itu mereka harus membuat perbentangan. Masa diberikan untuk aktiviti ini selama 45minit. Latihan ini bertujuan untuk mencungkil bakat melukis mereka selain melihat kreativiti masing-masing. Waktu perbentanga pula adalah untuk melihat dan membina keyakinan mereka untuk berkomunikasi di hadapan orang ramai. Ternyata anak-anak yatim ini dapat melakukan dengan baik dan pada pandangan saya ada beberapa orang yang saya perasan mereka sangat bijak dan boleh berjaya jika mendapat didikan dan jagaan yand betul.
anak-anak yatim itu yang telah pun saya anggap seperti adik-adik saya. Sehinggakan hari ini saya masih lagi teringatkan wajah-wajah riang pada luar tetapi hakikatnya pada zahir tiada siapa yang tahu. Tugasan yang diberikan oleh Dr Normaliza ini sebenarnya sangat bagus. Ia juga memberikan pengalaman yang sangat berharga yang mungkin tidak akan saya dapat jika tidak mengambil subjek Bahasa Dalam Multimedia ini.
Kemuncak tugasan dalam kelas ini ialah apabila kami kena membuat perbentangan video yang dirakam ketika membuat aktiviti di rumah anak yatim. Masa yang diberi ialah 2minggu tetapi oleh kerana kami mengambil mudah, kami buat sehari sebelum perbentangan. Saya diminta membuat editing dan video ini. Memandangkan saya dari bidang penyiaran dan rakan kumpulan lain dalam bidang bahasa jadi kerja ini adalah dibawah tanggungjawab saya. Saya mulakan membuat editing dan memasukkan video serta lagu yang bersesuaian dari pukul 2 petang hinggalah pukul 1 pagi. Ini satu lagi pengalaman menarik saya dala kelas Dr Normaliza ini. Keesokkan harinya perbentangan pun dilakukan. Saya tidak pasti sama ada saya ini seorang yang perasan lebih ataupun betul, saya rasa perbentangan video kumpulan saya adalah yang terbaik dan “tergempak” sekali diantara kumpulan-kumpulan lain dalam kelas ini. Ini diakui sendiri oleh ahli-ahli kumpulan saya. Dengan video yang kreatif dan pemilihan lagu yang tepat saya mengharapkan bukan sahaja A tapi A+.hehe…
Akhir sekali saya ingin menyatakan dengan jujur dan ikhlas dari hati, kelas ini sangat bagus dan lain dari yang lain. Mungkin kelas ini akan menjadi bosan jika pensyarahnya bukan Dr Normaliza. Ini saya akaui sendiri cara dan kretiviti serta disiplin yang ada pada pensyarah kelas ini lah memberikan keseronokan dalam kelas Bahasa DalamMultimedia ini. Sikap yang tegas tetapi bertolak ansur ini lah membuatkan pensyarah kelas ini di sayangi Aktiviti kelima pula ialah sesi menyambut hari jadi dan makan KFC. Terdapat 5 orang anak yatim yang lahir pada bulan Februari dan mereka diberi keistimewaan untuk meniup lilin.Kami menyayikan lagu hari jadi dan rakan saya menghiburkan mereka dengan beberapa buah lagu yang popular pada masa kini dengan gitar yang dibawa. Mereka kelihatan sangat seronok lebih-lebih lagi dapat KFC.Mereka makan dengan berselera dan kek yang kami bawa juga habis dimakan.Saya berasa puas hati dengan apa yang kami lakukan setakat ini. Anak-anak yatim itu juga seperti mengagap kami saudara mereka terdapat ikatan kasih saying sesama sendiri walaupun tidak sampai 1 hari kami berjumpa.
Aktiviti keenam dan yang terakhir sekali pada hari itu ialah sesi penyampaian hadiah dan cenderamata. Mereka dan kumpulan masing-asing yang telah berkeja keras seharian ini tidak sabar menunggu waktu penyampaian ini. Selepas membuat keputusan yang adil lagi saksama kami pun membahagikan hadiah dengan semua kumpulan mendapat hadiah. Kami tidak mahu rosakkan hari ini dengan ada kumpulan yang merajuk jadi kami berikan setiap kumpulan ada hadiah. Mereka sungguh seronok. Banyak hadiah yang kami berikan termasuklah warden. Kami memberikan cenderamata dari Universiti Putra Malaysia dan derma wang ringgit dari ahli keluarga kami. Ketika itu jam sudahpun menunjukkan pukul 5.30 petang. Masing-masing sudah pun kelihatan penat. Kami pun meminta diri,tetapi sebelum itu anak-anak yatim itu ingin menghadiahkan kami dengan 1 persembahan nasyid. Mereka menyayi sebagai tanda terima kasih pada kami. Saat itu bukan saya sahaja yang terharu malah saya lihat rakan-rakan lain semua menunduk menahan sebak. Akhirnya saya memberi kata penutup dan mengucapkan terima kasih kepada anak-anak yatim semua dan juga kepada warden. Mereka menghantar kami ke pintu dan mengucapkan selamat tinggal kepada kami dan sehingga kami jauh pun mereka masih melambai.
Ketika dalam perjalanan balik semua diam seribu bahasa. Saya juga sibuk melayan perasaan mengenangkan telatahmuridnya. Hakikatnya sebelum ini saya tidak sabar hendak menghabiskan pengajian secepat mungkin, tetapi kini sebaliknya berlaku. Di kesempatan ini juga saya ingin minta maaf jika ada terkasar kata dan perbuatan yang mengguris perasaan, saya tidak bermaksud apa pun dan saya harap Dr Normaliza dan Cik Aliyah halalkan apa yang telah diajar kepada saya. Akhir sekali, saya rasa tidak cukup lah 10 muka surat ini, banyak lagi yang hendak saya ceritakan..
Wassalam…
Thursday, April 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment